Ahad, 29 November 2015

Isu semasa: Vaping itu haram Baru baru ini rokok elektronik atau street name nya 'vape' telah difatwakan haram. Ok, so what? Mari kita lihat dari dua perspektif halal dan haram di Malaysia. 1. Sesuatu benda atau aktiviti yang boleh mendatangkan duit, tapi kerajaan tak dapat pau, maka automatik ianya akan dikira haram. Contohnya perjudian. Ko tak pelik ke dengan istilah judi haram? Sejak bila pula ada judi halal? Sama juga dengan arak dan rokok. 2. Sedangkan dalam Al-Quran telah jelas sahih dan nyata, arak, rasuah, riba, zina itu semua haram. No excuse. Absolute haram, tapi terima la hakikat yang ianya sebahagian daripada amalan hidup kita pada hari ini. Di negara yang mana agama rasminya agama Islam, diperintah oleh sultan dan menteri yang beragama Islam. Berbalik kepada isu vape ni, ianya lebih kepada point no 1. So korg rasa orang pedulik tak dengan fatwa terbaru ni? Aku yakin ramai berpendapat, pergi mam la. Selagi rasuah tidak difatwakan haram di negara ni, aku rasa ramai tak beberapa amik port. Cuma dua benda je yg konsisten haram di mata bani melayu: anjing dan babi. P/s: merokok itu membazir. Buat makan lagi bagus.

HUKUM HISAP ROKOK ELEKTRONIK DAN VAPE

HUKUM HISAP ROKOK ELEKTRONIK DAN VAPE IALAH HARAM


SOALAN

Apakah hukum menghisap rokok elektronik dan vapor?
Pada hari ini, 17 Ogos 2015 bersamaan 2 Zulkaedah 1436H, Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan kenyataan mengharamkan penggunaan rokok elektronik melalui fatwanya. Pengerusinya, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abd. Shukor Husin berkata, keputusan itu diputuskan dengan mengguna pakai hukum menghisap shisha yang telah difatwakan sebelum ini.
Tambah beliau lagi, apabila telah cukup dapatan iaitu yang pertama membahayakan, kedua ianya membazir dan ketiga memudaratkan daripada segi kesihatan, maka apabila perakuan-perakuan ini sama, maka kita mengatakannya haram.
Terdapatnya fatwa ulama’ yang menyokong tentang pengharaman rokok elektronik ini. Justeru, kami berpendapat seperti itu juga dengan alasan yang diberikan di atas. Untuk ulasan pengharaman, sila rujuk :
http://www.muftiwp.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=465:irsyad-fatwa-ke-63-hukum-penggunaan-rokok-elektronik-vapor&catid=48&Itemid=333
Dalam isu ini, ramai juga berpendapat bahawa ia adalah salah satu cara untuk menolong penghisap rokok agar berhenti daripada merokok. Justeru itu, mereka menggunakan rokok elektronik sebagai alternatif kepada cara berhenti merokok. Sebenarnya anggapan ini adalah menyimpang daripada asas kerana dikatakan ada juga bahan nikotin yang asalnya daripada bahan yang boleh menyebabkan ketagihan dan mudarat kepada kesihatan manusia. Kami sepertimana isu merokok juga menyeru kepada khalayak umat Islam untuk meninggalkan penggunaan rokok elektronik atau vapor berdasarkan kepada kenyataan-kenyataan di atas. Alangkah baiknya duit yang kita gunakan untuk membeli rokok atau vapor, kita masukkan ke tabung masjid, menyantuni anak-anak yatim, memberi makan kepada fakir miskin serta membantu keperluan mereka. Semoga Allah kurniakan kepada kita taufiq dan hidayah dan berikan kepada kita kesihatan yang baik. Amin.
Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
18 Ogos 2015 bersamaan 3 Zulkaedah 1436H

Langganilah https://telegram.me/UlamaBot Untuk Info Sahih Dan Pantas.

Joinlah Channel https://telegram.me/UlamaNews Untuk Info Pantas Dan Sahih